Komen Masakan Isteri, Suami Ditikam Mati

Perhatian buat para suami yang gemar mengomen masakan isteri anda tidak sedap, anda diminta untuk sentiasa berhati-hati dalam pertuturan. Ini kerana seorang lelaki ditikam sehingga maut hanya kerana mengkritik makanan isterinya tidak cukup masin.

Lelaki yang dikenali sebagai Slava Davydkin dibunuh isterinya, Evgenia dengan menggunakan pisau. Ditikam sebanyak 35 kali semasa tidur di hadapan anak lelaki mereka yang berusia 4 tahun, Evgenia mengaku bersalah melakukan pembunuhan terhadap suaminya.

Pasangan tersebut bergaduh selepas Slava mengkritik makanan Evgenia sebagai hambar di hadapan tetamu selain daripada mendakwa hidangan tanpa rasa tersebut merupakan tanda isterinya itu tidak mencintainya.

Tikam Suami
Sumber: FP

Komen tersebut menyebabkan isterinya merasa malu sehingga mencetuskan pertengkaran yang berlanjutan walaupun pasangan tetamu mereka sudah masuk tidur. Slava yang hilang kawalan dalam pertengkaran tersebut dipercayai memukul Evgenia.

Selepas menikam suaminya yang nyenyak tidur, Evgenia mengejutkan tetamunya dan meminta agar mereka menghubungi ambulan dan paramedik mengesahkan bahawa mangsa mati di tempat kejadian.

Tikam Suami

Agaknya kerana terlampau marah dan malu dengan kejadian tersebut ditambah pula bertengkar sehingga dipukul menjadikan Evgenia trigger untuk membunuh suaminya.

Diharapkan situasi ini menjadi pengajaran kepada para suami di luar sana agar sentiasa memberikan komen secara berlapik dan bukannya dengan cara memalukan isteri di khalayak.

Tidak pasal-pasal kena tikam nanti!

Sumber: MStar

Dah kritik masakan isteri tu, bawalah dia pergi makan Nasi Dulang Daun Pisang yang sedap gila dekat Jalan Sungai Ramal Dalam.

Nasi Dulang Daun Pisang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.