5 Tip Dan ‘Trick’ Susun Barang Dapur Secara Sistematik

Jika anda masih struggle memastikan kawasan dapur anda dalam keadaan tersusun, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan dalam hal ini. Oleh itu, kami senaraikan 5 tip dan trick yang mudah untuk anda jadikan kawasan dapur terlihat lebih sistematik.

1. Bakul bertingkat

Bakul bertingkat sangat membantu dalam menjimatkan ruang dan menjadikan kawasan dapur kelihatan lebih sistematik. Boleh meminimumkan penggunaan item di ruangan dapur, bakul bertingkat ini dilihat lebih efektif dan memudahkan semasa proses pembersihan dilakukan.

Organisasi Dapur
Sumber: Rhinonewpaltz

2. Simpan barang di ruangan yang sama

Penggunaan satu ruang untuk menyimpan barangan sama jenis membantu anda menjimatkan masa mencari peralatan yang anda perlukan. Tidak perlu lagi selongkar kabinet, anda juga boleh mengelak daripada perlu mengemas semula ruangan tersebut.

Organisasi Dapur

3. Label

Dengan meletakkan label pada bekas simpanan atau ruangan kabinet, anda dapat mengelakkan diri daripada terkeliru mengesan bahan. Contohnya gula dan garam yang perlu ditambah ke dalam masakan.

Tip Organisasi Dapur

Apabila kedua bahan ini tertukar, sudah pastilah menghuru-harakan keadaan. Penggunaan label ini boleh juga digunakan pada barangan sejuk beku tau.

4. Lazy Susan

Digelar sebagai Lazy Susan atau dulang berputar, penggunaannya pada bahagian persambungan kabinet (rujuk gambar) membantu dalam penambahan ruangan meletakkan barang. Mahu cari barang? Hanya pusing dan tidak perlu ‘susah-susah’ menggagau.

knape-vogt-lazy-susans-ppn28s-w-64_1000
Sumber: Home Depot

5. Penyangkut tuala

Kegunaan penyangkut tuala bukan setakat itu sahaja. Boleh dipelbagaikan kegunaannya, anda perlu berfikir secara kreatif bagaimana sebatang penyangkut tuala tersebut boleh menjadikan ruangan dapur anda kelihatan lebih sistematik.

Boleh digunakan sebagai tempat menggantung kuali dan periuk, penyangkut tuala ini menjadikan kawasan dapur anda lebih teratur dan terlihat kemas.

Organisasi Dapur
Sumber: Pinterest Kaitlin Hubbard

Jom cuba trip dan trick di atas. Mana tahu menjadi kan? Bila dapur dah kemas, nak masak pun jadi seronok.

Sumber: House Beautiful

Makanan apa yang paling mahal pernah anda makan? Ada tidak yang semahal dalam paparan video dibawah?

5 Makanan Termahal Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/1958289254262230/