Restoran Mamak Makin Berani: Guna Tangkal, Azimat Sebagai Pelaris

Belakangan ini, banyak pembongkaran yang berlaku terhadap premis makanan restoran mamak di seluruh Malaysia. Serbuan dibuat apabila mendapati ada restoran mamak menggunakan logo halal tidak sah.

Namun berbeza pula dengan restoran yang beroperasi hampir 18 tahun di Pasir Gudang, Johor kerana dikesan menggunakan lebih 30 tangkal dan azimat sebagai ‘pelaris’ jualan. Didapati, semua azimat yang mengandungi ayat jawi yang tidak jelas maksudnya digantung dalam pelbagai bentuk termasuk bingkai gambar, bunjut, botol dan batu berikat serta di pasang di setiap penjuru kedai.

mamak guna pelaris
Sumber: Harian Metro

Juga, pemilik restoran beragama Islam itu tidak langsung memohon logo halal dari pihak berkuasa agama, selain hanya dua daripada 23 pekerja beragama Islam.

Pada mulanya, sepasukan anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi mahu memeriksa sijil halal, namun berlaku sebaliknya apabila banyak azimat ditemui di setiap ruang di premis itu. Penemuan tangkal dan azimat itu diketahui dibawa masuk dari India.

Pihak berkuasa telah mengarahkan ayat berkenaan diturunkan, selain tindakan merampas dilaksanakan kerana dibimbangi mendatangkan kerosakan akidah. Ia juga penemuan pertama yang mana azimat dan pelaris di gantung di dinding restoran kerana kebanyakan serbuan sebelum ini hanya membabitkan cincin dan batu kemenyan.

Sumber: Harian Metro

 

Was-was makan di restoran mamak, apa kata pergi sini, tonton

Beb Stone Oven Pizza

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2257344317855551/