Tertanya-tanya perkara yang ‘haram’ dilakukan semasa anda bercuti di atas kapal mewah? Kami berikan anda sedikit hint:
JANGAN TERJUN KE DALAM LAUT DARI ATAS KAPAL MEWAH.
Seorang lelaki, Nick Naydev yang terlalu menikmati keseronokan pelayaran mewah bersama rakan-rakannya diharamkan seumur hidup dari menaiki kapal mewah Royal Caribbean Symphony of the Seas.
Tindakan itu diambil oleh pihak pengurusan cruise susulan aksi Nick melompat dari beranda tingkat 11 kapal mewah yang dikatakan sebagai melanggar etika pelawat.
Aksi bahaya beliau yang dirakam oleh tiga orang lagi rakannya itu kemudiannya dijadikan sebagai hantaran Instagram dan sudah tersebar luas di laman media sosial.
Melompat dari ketinggan yang dianggarkan sekitar 100 kaki dari paras atas laut, Nick tidak mengalami kecederaan serius; sakit di bahagian leher dan tulang ekor (tail bone) yang sudah semakin sembuh.
https://www.instagram.com/p/BsgYghHnrsF/
Tiga orang rakannya turut dibanned seumur hidup disebabkan tindakan mereka yang disifatkan sebagai melulu dan kurang bijak hanya kerana mahu aksi mereka menjadi tular.
Nick yang ‘dikutip’ oleh polis tempatan dengan sebuah bot kecil kemudiannya dibawa pulang ke kapal. Diminta untuk mengumpulkan barangannya, Nick mendapat arahan untuk meninggalkan kapal tersebut bersama rakan-rakannya.
Mendapat view lebih 91,000, hasrat Nick dan rakan-rakannya sudah tercapai. Bakal dikenakan tindakan undang-undang dari Royal Caribbean, aksi Nick bagaimana pun tidak dicas oleh polis tempatan dengan alasan mendapati lompatan itu sebagai ‘mengagumkan’.
https://www.instagram.com/p/Bswdm2EnbVy/
Tidak kisahlah mahu tular atau pun tidak, tindakan Nick tersebut telah mencemarkan nama baik syarikat kapal mewah tersebut selain daripada membahayakan dirinya yang berisiko untuk lemas atau mengalami kecederaan serius selepas penerjunan.
Sumber: Travel and Leisure
Daripada terjun dari cruise, cuba tengok tempat semula jadi dalam paparan video di bawah. Mana tahu ada port selamat ke nak terjun tiruk.
5 Tempat Alam Semulajadi Unik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/278239239711228/