Bas HoHo Ipoh Bakal Diperkenal Suku Pertama Tahun 2019

Perak bakal menjadi negeri ketiga selepas Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang mempunyai bas persiaran dua tingkat, Bas Hop on Hop Off (HoHo). Ia akan diperkenalkan menjelang suku pertama tahun 2019 ini.

Pada suku pertama, bas tersebut akan ditempatkan di Bandaraya Ipoh dan bakal melibatkan sekurang-kurangnya lapan perhentian tetapi belum dimaklumkan lagi mengenai jumlah bas bagi perkhidmatan yang akan digunakan kelak.

bas HoHo Ipoh
Sumber: Cavinteo

Antara lokasi yang baka dilalui bas Hoho termasuk Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Ipoh, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael Ipoh, bangunan Octagon, Pasaraya Ipoh Parade, Little India dan Masjid Panglima Kinta.

Cadangan mewujudkan kemudahan Bas HoHo merupakan salah satu inisiatif untuk mengurangkan jumlah kenderaan masuk ke Ipoh yang menyebabkan kesesakan jalan raya. Selain mampu menarik kunjungan pelancong ke Perak, juga bakal menempatkan penunjuk arah, pemandu pelancong, kemudahan basikal di setiap kawasan perhentian.

Jalan-jalan sekitar Ipoh akan lebih mudah selepas ini apabila perkhidmatan bas HoHo sudah sedia digunakan.

Sumber: Sinar Harian, Perak Today

 

Nampak menarik resepi unik Insta chef ini, tonton

5 resepi unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.