4 Cara Uji Telur Mentah Masih Elok Atau Sudah Rosak

Frust kan bila beli telur tapi time nak masak, rupanya yang dibeli itu telur rosak. Lagi frust bila bau busuk telur tembelang melekat pada tangan, cuci guna sabun pun masih lagi tak boleh hilang.

Kami berikan 4 cara bagaimana nak tahu sama ada telur tersebut masih elok atau pun sudah rosak.

1. Kulit telur

Periksa di sekeliling kulit telur bagi memastikan tiada sebarang keretakan. Jika sudah ada kesan retak, berkemungkinan telur tersebut sudah busuk kerana bahagian dalam sudah tidak terlindung oleh kulit. Tekstur telur yang baik juga dapat ditentukan dengan permukaan yang sedikit kasar seperti butiran halus pasir.

2. Goncang telur

Telur yang masih elok apabila digoncang tidak akan berbunyi seperti kocakan di dalamnya kerana masih padat berbanding dengan telur rosak. Ini kerana putih telur yang elok masih padat, berbeza dengan telur yang sudah rosak.

3. Rendam telur ke dalam air

Cara ini dilakukan bagi melihat kuantiti udara yang terbentuk dalam telur. Telur yang rosak akan tenggelam kerana perbentukan udara yang semakin banyak. Berbeza dengan telur elok yang masih dalam posisi di dasar cawan kerana di bahagian dalamnya masih padat.

image

4. Warna kuning telur

Warna kuning telur yang masih elok lebih terang dan masih terbentuk elok apabila dipecahkan. Berbeza dengan telur rosak, warna kuningnya lebih pucat dan menjadi ‘pecah’ selain daripada warna putihnya yang tidak likat seperti biasa.

Dah tahu kan macam mana nak tentukan telur tersebut masih elok atau pun tidak. Lepas ni tak ada sudah masalah asyik terpecahkan telur tembelang yang berbau busuk.

Sumber: Rasa

Ada tidak makanan kegemaran anda di paparan video bawah?

9 Antara Makanan Kegilaan Rakyat Malaysia Mengikut Negeri

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2197120163864505/