UlasanTulus #2 : Subway Black Pepper Chicken

Bermula 9 Januari lalu, Subway Malaysia telah menambah satu lagi menu baharu dalam senarai sandwic mereka iaitu Black Pepper Chicken.

MakanLena sekali lagi terpanggil untuk mencuba menu ini seterusnya berkongsi dengan anda rasanya.

Kali ini kami tidak menggunakan servis Food Panda. Bukan kerana takut kena bash oleh netizen seperti UlasanTulus #1 yang lepas, tetapi kerana Subway hanya sepelaung saja dari pejabat kami.

Dua orang ahli team MakanLena dengan sukarela menawarkan diri untuk turun dan beli tanpa sebarang caj.

UT#2 BPC Bungkus
Rupa bungkusan yang sampai ke meja.

Dijual dengan harga RM12.90 untuk set bersama air, tak perlulah gatal beli ala carte kerana bezanya hanya 30 sen jika tanpa air. Tak mahu minum sangat air itu, sedeqah sahaja kepada sesiapa.

Ketika sesi penyediaan, kami meminta pekerja Subway cadangkan sos yang paling sesuai untuk set ini. Dengan yakinnya, beliau menyarankan sos thousand island bersama mayonis.

UT#2 BPC Isi
Beginilah keratan rentas sandwic ini.

Maka terimalah ulasan suci tulus mulus Subway Black Pepper Chicken bersama sos saranan mereka oleh team Makanlena.

 

Agak mengecewakan. Walaupun sudah dietakkan sos yang disarankan oleh pekerja Subway,  gabungan sos thousand island dan mayonis telah menenggelamkan rasa black pepper ayam yang dah memang tak berapa nak pepper rasanya tu. ~Amni

Rating : 6/10

 

First bite rasa mayonis saja. Ingatkan dapat la rasa pedas black pepper tapi sedikit saja rasanya. Cheese pun sama tenggelam, mungkin sebab mayonis dia terlampau banyak. Nasib baik ayam dia banyak. Sebenarnya rasa dia tak jauh beza dengan GCB (McD). Kalau dibandingkan mana lebih sedap, GCB lagi sedap rasanya. Cuma lagi kenyang Subway ni sebab roti tebal, ayam pula tak kedekut. ~Haziq

Rating : 3/10

 

Bau black pepper agak kuat tapi bila digigit, rasa ladanya taklah pula kuat sangat. Lebih sedap jika tak ada mayonis dan lebihkan sos black pepper. Overall sedap! ~Ija

Rating : 9/10

 

Gigit mula tu rasa mayonis dahulu baru rasa ayam black pepper. Rasa kuat mayonis daripada rasa ayam black pepper tu. Cheese tak rasa langsung tapi aku suka dengan hidangan ini. ~Din

Rating : 7/10

 

Sedap macam biasa, tiada apa yang luar biasa sangat. Bau kuat tapi bila rasa biasa saja, macam tak rasa black pepper pun ya juga. ~Kina

Rating : 7/10

 

Rasanya boleh tukar nama menu tu kot sebab rasa black pepper tu tenggelam dan apa yang bermain kat mulut hanyalah rasa mayonis. Selain daripada itu, yang bagusnya isi ayam dia banyak dan roti pun lembut. ~ Aqil

Rating : 4/10

 

Isi ayam tebal dan juicy tapi kurang rasa sos black pepper. Hilang rasa keju walaupun memang ada keju di dalamnya. Overall, memang kenyang makan. ~Nisak

Rating : 8/10

 

Subway Black Pepper Chicken ni apabila dimakan amat sedap kerana bahagian ayam amat lembut dan apabila sos black pepper bergabung dengan mayonis, timbul rasa masam dan manis. Maka amat berbaloilah dimakan bersama-sama keluarga. ~ Akim

Rating : 8/10

 

Begitulah kata mereka. Sedikit cadangan sekiranya anda ingin mencuba, elakkan letak sebarang sos tambahan agar rasa black pepper itu boleh dinikmati sepuasnya. Dah rasa, kongsilah dengan kami pendapat anda, nak tahu juga.

Secara purata, rating MakanLena:

6.5/10

Sebagai panduan, boleh juga rujuk UlasanTulus lepas :

UlasanTulus#1 : KFC Parmesan Truffle Crunch