Atasi Jerawat Anda Dengan Amalkan Tips Mudah Ini

Masalah jerawat memang ditakuti oleh pelbagai golongan daripada semua peringkat umur terutamanya wanita. Lebih-lebih lagi bila jerawat timbul di muka. Nak keluar rumah berjumpa ramai orang pun rasa tidak berkeyakinan. Tidak senang hidup dibuatnya dengan kehadiran jerawat.

Bagaimana untuk mengatasi masalah jerawat yang timbul ini? Jom cuba tips yang kami kongsikan ini. Pasti berkesan!

1. Air Masak

5-Tips-Sihat-Cepat-gemuk-Minum-Air-Masak
Sumber: Serumpun

Amalkan minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Seeloknya ambil 8 gelas air kosong sehari. Ini kerana pengambilan air kosong yang banyak dapat membuang segala minyak dan toksin yang ada dalam badan sekaligus membantu melembabkan kulit.

2. Perangsang

bukan-trik-produsen-inilah-alasan-kenapa-bungkus-makanan-ringan-diisi-banyak-udara_20180724_164918
Sumber: Palembang Tribunnews

Elak dan jauhi daripada mengambil rokok, kopi,teh dan minuman berkarbonat. Selain itu, pengambilan makanan ringan juga perlu dihentikan. Bahan-bahan yang ada dalam minuman dan makanan ini mengakibatkan jerawat semakin teruk.

3. Pemakanan Seimbang

pinggan seimbang
Sumber: Salad Merah

Ambil makanan-makanan yang dapat memberikan nutrien dan vitamin kepada badan seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Elakkan daripada makanan yang memberikan reaksi kepada kulit dan jerawat. Contohnya seperti makanan berlemak dan bergoreng, makanan daripada produk tenusu juga makanan yang diproses dan ditinkan.

4. Stress

stressed-mom-at-holidays
Sumber: Bengkung Moden

Meskipun dihimpit dengan banyak tugasan di tempat kerja, cuba sebaik mungkin untuk mengawal emosi dan diri. Elakkan daripada stress yang melampau. Ini kerana, stress juga menjadi satu faktor kepada masalah jerawat. Lemparkan senyuman, pasti diri lebih tenang.

Jika anda mempunyai tips lain untuk mengatasi masalah jerawat, boleh kongsikan bersama kami.
‘Sharing is caring.’