Daging rebus air asam memang boleh buat sesiapa sahaja menelan air liur. Makan pula dengan nasi panas-panas, terus musnah niat nak berdiet.
Lebih sedap lagi bila daging direbus dengan empuk digaul bersama air asam. Rasanya pasti sangat menyelerakan. Pedas, masam, manis semua sempurna. Nak buat daging rebus air asam ni tak susah sebenarnya. Asalkan bahan utama daging rebus ada.

Jom kita cuba resipi dari perkongsian Nanie Halimatun Saadiah daripada facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Daging rebus air asam…
1/2 kg daging (saya guna daging batang pinang) rebus sekejap sebab daging dah lembut
*5 bji cili padi (nak pedas lebihkan)
*3bji cili merah
*Belacan
*garam
*sedikit gula
*sedikit air asam jawa
*perahan air limau kasturi (2 biji)
1 sudu besar kerisik
1 biji tomato
1biji bawang besar
Rebus daging, kisar bahan yang bertanda*
Campurkan semua bahan gaul, siap.
*Air rebusan daging jangan dibuang saya buat masak sayur. Sedap tau.
Selamat mencuba!