Syarikat Airbnb yang membantu memudahkan orang ramai mencari tempat tinggal di serata dunia kini mula memasuki industri perhotelan dengan pembelian aplikasi tempahan hotel saat akhir iaitu HotelTonight pada 7 Mac lalu.
Bakal beroperasi sebagai dua syarikat berbeza buat masa sekarang, Airbnb akan memindahkan bilik di HotelTonight ke platform Airbnb secara berkala.
Namun, harga perjanjian perjualan tidak didedahkan kepada umum. Dikhabarkan pada 2017, dana terkumpul HotelTonight adalah sekitar USD460 juta.

Peralihan ini dikatakan mengikut usaha Airbnb dalam menambah lebih banyak penyenaraian profesional kepada semua orang; tempahan dalam hotel, katil, sarapan dan penginapan untuk tetamu global Airbnb.
Airbnb yang berpangkalan di San Francisco telah berkembang sejak penubuhannya pada 2008 dan menjadi syarikat global gergasi dengan lima juta penyenaraian di 191 buah negara.
Tetapi syarikat ini menerima banyak kritikan hebat kerana didakwa melakukan persaingan secara tidak adil dan mengelak daripada membayar cukai hospitaliti.
Sumber: Quartz
Macam-macam betul evolusi nasi lemak yang mereka buat.
6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.