Masakan Tetap Sedap Tanpa Gula Dan Garam? Baca Perkongsian Ini

Gula, garam atau secukup rasa biasa digunakan untuk menyedapkan sesuatu masakan. Tetapi jika tidak menggunakan bahan-bahan tersebut, kita akan rasa makanan itu tawar bukan?

Namun, berbeza pula dengan Syida Dea Lurve’ A, yang berkongsi tentang cara memasak beliau tanpa menggunakan bahan perasa tetapi masih sedap dan enak masakannya. Apa rahsianya?

masakan tanpa gula dan garam
Sumber: FB Syida Dea Lurve’ A

Ini antara bahan yang digunakan untuk menyedapkan masakan.

masakan tanpa gula dan garam

Oregano ini sedap tabur dalam oglio olio. Tapi boleh letak juga dalam egg muffin, carbonara, martabak telur, fritters, perapan daging. Semuanya sedap tapi jangan banyak ya sebab kalau terlebih boleh jadi pahit.

masakan tanpa gula dan garam

Kalau nak bakar ayam ke, kentang ke nak kasi warna merah-merah lawa ala ayam goreng mamak, gaul la dengan paprika ni. Rasa tak pedas langsung. Sedap pun sedap. Kalau anak sudah lepas makan benggala baru boleh guna yang ini ya. 😊

masakan tanpa gula dan garam

Paling banyak jasa so far. Kalau nak buat sauce bolognese yang bau dan rasa sebijik macam sos prego tu, wajib tabur mix herbs ini. Rasa dan bau dia sangat sedap. Boleh juga dalam sup, dalam pasta, dalam baked potato, masak lemak pun sedap wangi je.

masakan tanpa gula dan garam

Sedap and ada sikit rasa-rasa masin. Kalau tengok bahan memang tiada garam. Tapi rasanya tu sudah boleh menambah flavour. Kalau nak goreng kunyit, gaul lauk dengan ini bersama kunyit. Sedap dan bau pun best.

masakan tanpa gula dan garam

Immune booster ni. Guna serbuk lada hitam. Kisar kering halus. Setiap kali nak, ambil hujung sudu masukkan. Letak dalam masakan lada hitam, sup, perapan, masakan bergoreng pun sedap.

masakan tanpa gula dan garam

Mesti selalu je jumpa apa-apa pastry yang guna cinnamon kan? Cinnamon ni bagi rasa naturally sweet tapi taklah manis macam gula. Gaul dgn epal lepastu bakar, buat pai, tabur cinnamon dan tambah madu pun sedap. Mama masukkan dalam pancake, muffin, tabur atas french toast, atau pastry.

masakan tanpa gula dan garam

Kalau masak sayur goreng, tengok sayur warna pucat tak menarik, boleh titiskan sedikit minyak bijan ni. Baunya ala chinese food. Masuk dalam bubur pun bau ala bubur McDonald’s. Mama guna untuk marinate juga. Nanti bau semerbak. Try!

masakan tanpa gula dan garam

Pemanis yang paling banyak berjasa setakat ini. Guna sedikit sahaja pun dah rasa manisnya. Mama letak untuk balance rasa masam macam tomyam dan pedas macam kari. Juga sebagai sirap marple dalam pancake ke muffin ke cookies ke.

Sumber: Syida Dea Lurve’ A