Warga Asing Bakal Dikenakan Caj Guna Bas Smart Selangor

Banyak aduan diterima kebanyakan perkhidmatan bas percuma dipenuhi dengan warga asing. Susulan itu, kerajaan Selangor membuat kajian mengenal pasti mekanisme terbaik untuk mengenakan caj kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas Smart Selangor.

Bas Smart Selangor beroperasi secara percuma dan melalui kawasan-kawasan awam seperti sekolah, dan hospital serta kawasan perumahan kos rendah. Ia diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat.

Bas Smart Selangor
Sumber: mStar

“Kita sedang kenal pasti mekanisme terbaik untuk kenakan caj sama ada melalui tunai atau pun nirtunai dan kadar yang akan dikenakan juga masih dalam peringkat kajian,” – Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Warga tempatan dan asing yang menggunakan perkhidmatan bas Smart Selangor akan dikenal pasti melalui kad pengenalan atau pasport bagi membolehkan caj dikenakan kepada pihak terlibat.

Perkhidmatan bas Smart Selangor telah bermula pada bulan Julai 2015 di Klang, Shah dan Subang Jaya dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) serta perkhidmatan Internet tanpa wayar percuma.

Buat masa ini, kerajaan Selangor tidak akan menambah laluan baharu berikutan tiada bajet tambahan bagi tahun 2019.

Sumber: Sinar Harian

 

Kalau peminat anime masuk sini, confirm rasa macam tak nak balik Malaysia punya.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.