Baru-baru ini tular satu video berkenaan dengan penemuan ulat pada ayam merah di Restoran Nasi Venggey Ipoh cawangan Silibin menyebabkan orang ramai meragui tahap kebersihan restoran itu.
Video berdurasi 20 saat itu dipercayai ditularkan oleh seorang pelanggan yang mendakwa dirinya sebagai ‘penjaga kawasan’ di media sosial WhatsApp dan Facebook selain turut meminta wang perlindungan sebanyak RM300 sebulan.
“Lelaki terbabit mendakwa dirinya sebagai penjaga kawasan datang lagi ke Restoran Nasi Vanggey dan mendakwa terdapat ulat pada ayam merah yang sudah habis dimakannya dan meminta pampasan sebanyak RM3,000 sebagai ugutan tidak akan menyebarkan video rakaman.” – Pengurus Restoran Nasi Vanggey Ipoh, Azlan Shah Saiful Jaafar Sadiq
Mempunyai bukti bahawa berita penyebaran video ulat dalam ayam merah tersebut adalah palsu dari Jabatan Kesihatan dan Majlis Bandaraya Ipoh, pihak pengurusan Restoran Nasi Venggey Ipoh telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam untuk siasatan lanjut.
Melampau betul. Mentang-mentanglah sekarang ini semuanya menggunakan kuasa tular, ada juga yang mengambil kesempatan menipu untuk dapatkan duit ya.
Sumber: Sinar Harian Online
Memang syurga peminat anime ni.
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.