Malaysia Airlines Dinobat Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia

Malaysia Airlines baru-baru ini mencetuskan kontrovesi apabila penganalisis penerbangan menyatakan bahawa syarikat ini mengalami bebanan kerana tidak mampu mendapatkan keuntungan sejak diswastakan pada tahun 2014.

BACA: Malaysia Airlines Diminta Henti Operasi Atau Jual Syarikat

Walau bagaimanapun, syarikat ini berjaya meraih Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia bersempena dengan Anugerah Pelancongan Antarabangsa Majlis Antarabangsa Persatuan Penulis Pelancongan Kawasan Pasifik (PATWA) 2019 di ITB Berlin.

Anugerah ini diberikan sebagai dedikasi kepada pekerja yang komited dalam memberikan pengalaman penerbangan bertaraf dunia kepada penumpang pesawat setiap hari.

Malaysia Airlines Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Asia
Sumber: Southest

Menjadi bukti dan pemangkin semangat untuk terus menjadi yang terbaik, Malaysia Airlines menawarkan potongan harga tiket sebanyak 25% ke destinasi terpilih, termasuklah Hong Kong dan Disneyland.

Tawaran yang sah sehingga tengah malam 12 Mac ini (Selasa) adalah untuk perjalanan sekarang dan 31 Mei 2019.

Boleh menempah tiket di mana-mana agensi pelancongan yang mengambil bahagian atau melalui laman web rasmi Malaysia Airlines, harapnya dengan promosi ini mampulah menaikkan kembali (walaupun sedikit) dana Khazanah yang didakwa merosot sehingga RM7.3 bilion itu.

Sumber: MalaysiaKini

Kalau peminat anime masuk sini, confirm rasa macam tak nak balik Malaysia punya.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.