Tahun ini, Poland bakal membuka kolam renang paling dalam di dunia yang mempunyai kedalaman 45 meter; memerlukan 8,000 meter kubik air untuk mengisinya dan jumlah itu bersamaan dengan memenuhi 27 kolam renang Olimpik.
Ini bermakna, ia mempunyai lima meter lebih dalam berbanding pemegang rekod dunia setakat ini, Deep Joy yang terletak di bandar Montegrotto Terme di Utara Itali.

Terletak di Mszczonów, kolam ini diberi nama DeepSpot dan masih dalam pembinaan lagi. Akan dibuka kepada semua jenis peringkat perenang termasuk atlet dan penyelam profesional.
Selain itu, DeepSpot turut dilengkapi dengan fasiliti lain seperti bilik persidangan, restoran, hotel yang menghadap kolam renang dan terowong dalam air untuk pengunjung.

Bagaimanapun, DeepSpot akan bertahan memegang rekod sebagai kolam renang paling dalam di dunia selama enam bulan sebelum kolam Blue Abyss dengan kedalaman 50 meter di United Kingdom dibuka.
Jadi, bukan untuk penyelam skuba sahaja yang boleh menggunakan kolam renang ini. Bagi mereka yang berani berenang pada kedalaman yang luar biasa, boleh cuba berenang di kolam tertutup ini.
https://www.instagram.com/p/BkXZwZyH6Qj/?utm_source=ig_web_copy_link
Sumber: Ladible
Tanpa sedar makanan kita menjadi racun.
6 Masakan Menjadi Racun Apabila Dipanaskan Semula
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.