Berkunjung ke Langkawi, tidak lengkap jika tidak mencuba dan merasai pengalaman menaiki kereta kabel di sana. Pemandangan sekitar Gunung Mat Chincang yang indah pastinya membuat mata terpukau.
Di sana juga, anda berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan Laut Hindi, Laut Andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand.

Bagaimanapun, bagi mereka yang merancang ke ‘Pulau Helang’, Operasi SkyCab akan ditutup selama 2 minggu bermula 1 April 2019 untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Penutupan setahun sekali ini turut membabitkan SkyBridge, jambatan gantung di gunung Mat Chincang serta SkyGlide, kabin bergerak yang akan memudahkan perjalanan anda ke SkyBridge.
Sehubungan itu, bagi sesiapa yang merancang untuk berjalan di atas SkyBrigde perlu ditunda namun aktiviti di tempat lain masih berjalan seperti biasa. Ia termasuklah seperti SkyDome, 6D Cenimotion, SkyBoutique, 3S Art Langkawi, Time Travel, SkyAdventure Park dan One Stop Center yang dibuka pada 9.30 pagi hingga 6 petang.
Sumber: FMT
Piza sini memang sedap setanding piza Itali.
Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.