Kalau ke Thailand, kerabu mangga ini memang terkenal sebagai makanan jalanan. Mudah sangat nak menyediakannya, anda hanya perlukan satu langkah penyediaannya sahaja.
Bahan-bahan:
*1 biji mangga muda
*3 biji bawang merah
*1 batang serai
*3-4 cili api
*1 cili merah
*Sedikit belacan (pilihan)
*1 sudu teh sos ikan
*1 biji limau nipis (diperah)
*1 biji tomat0
*1 sudu kecil gula
*1-2 tangkai daun ketumbar
*Garam dan serbuk perasa (pilihan)
Cara penyediaan:
1. Hiris halus mangga muda, bawang merah, serai, cili api, cili merah, tomato dan daun ketumbar dan campurkan bersama bahan-bahan lain sebelum dihidang.
**Kalau nak ada rasa crunchy, boleh taburkan sedikit kacang sebelum dihidangkan.
**Nak lebih sedap? Tambah sotong atau udang yang sudah direbus ke dalam kerabu.

Mudah sangat kan! Boleh dijadikan sebagai penambah selera dan juga lauk, kerabu mangga ini memang ngam sangat dengan nasi panas.
Sumber: MyResipi
Nak makan pun sayang kalau macam ini punya cantik.
5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.