Seorang ibu muda mengalami detik cemas yang bukan kepalang apabila tersedar bahawa beliau tidak membawa bayinya bersama ke dalam pesawat perjalanan dari Arab Saudi ke Malaysia.
Pesawat Saudi Arabian Airlines terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah selepas memberitahu krew pesawat bahawa beliau tertinggal bayinya di kawasan terminal menunggu lapangan terbang.
Satu paparan video rakaman suara yang memperdengarkan juruterbang memohon kebenaran dari Menara Kawalan Trafik Udara untuk berpatah balik ke lapangan terbang dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris telah tular di media sosial.

“Semoga Tuhan bersama kita. Boleh kami berpatah balik atau bagaimana?”
“Pesawat ini memohon berpatah balik kerana seorang penumpang tertinggal bayinya di kawasan menunggu.”
“Okey, patah kembali. Ini perkara baru kepada kita.”
Kejadian malang yang berlaku pada hujung minggu lalu berakhir dengan gembira apabila ibu tersebut kembali bersatu dengan bayinya, namun punca yang menyebabkan beliau lupa sehingga boleh tertinggal bayinya di terminal masih lagi tidak diketahui.
Apalah agaknya yang beliau fikirkan, sampai boleh tertinggal bayinya di terminal lapangan. Macam-macam betul dunia sekarang.
Sumber: Telegraph
Nak makan kambing sedap, memang kena datang Al-Rawsha.
Nasi Arab @Al Rawsha
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.