Pengguna perkhidmatan e-panggilan GrabCar selepas ini perlu peka kerana Grab Malaysia akan mengenakan denda kepada mereka yang membatalkan servis atau lewat lebih daripada 5 minit selepas pemandu tiba.
Denda tersebut bakal bermula pada 25 Mac ini. Penumpang dikenakan denda bermula RM3 hingaa RM5 mengikut jenis kenderaan atau perkhidmatan yang dipilih.
Bagi perkihdmatan GrabCar, JustGrab, GrabShare, Grab Taxi dan Grabcar Plus dikenakan denda sebanyak RM3. Manakala GrabCar dan JustGrab untuk enam tempat duduk ke atas akan dikenala denda sebanyak RM4. Sementara GrabCar (Premium), GrabCar Luxe (Vellfire untuk ke lapangan terbang) bayaran dendanya ialah RM5.

Untuk perkhidmatan GrabShare, penumpang diberikan masa selama 3 minit sahaja untuk tiba di pick-up point sebelum pemandu berhak untuk membatalkan perjalanan.
Pengguna tidak akan dikenakan denda jika membatalkan perkhidmatan dalam masa lima minit. Pemandu pula perlu menunggu selama tiga atau lima minit untuk perkhidmatan GrabShare sebelum berhak mengenakan bayaran pembatalan.
Sumber: The Star
Lepak bawa anak-anak malam nanti pun best kan?
Beb Stone Oven Pizza
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.