Insiden tembakan di dalam tram di Utrecht, Belanda semalam telah meragut angka kematian seramai tiga orang.
Turut menyebabkan sembilan orang cedera, polis Belanda telah menahan seorang lelaki Turki, Gokmen Tanis, 37 tahun dalam bangunan beradius 3 kilometer dari kawasan kejadian.
Masih lagi tidak dapat mengenal pasti motif perlakuan yang sebenar, pihak pendakwa raya mengesyaki berkemungkinan disebabkan oleh masalah keluarga.
Arahan penutupan sekolah dan masjid turut dikeluarkan berikutan bimbang berkait dengan serangan pengganas ekstremis berhaluan kanan di masjid Christchurch, New Zealand.
Kronologi serangan (Isnin):
10.45 waktu tempatan (09:45 GMT) – Polis menerima laporan bahawa berlakunya kejadian tembakan dalam tram di persimpangan 24 Oktoberplein, bandar Utrecht.
*Saksi memberitahu media tempatan, seorang lelaki mulakan tembakan secara berterusan.
*Beberapa orang yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
*Saksi lain memberitahu bahawa beliau membantu seorang wanita cedera selepas melihat tram melakukan hentian kecemasan, namun melarikan diri apabila penembak meluru ke arahnya.
Dengan populasi seramai 340,000 orang, kadar jenayah dan pembunuhan bersenjata di Netherlands adalah sangat jarang untuk berlaku.
Sumber: BBC
Agak-agak ada lif bawah tanah tak?
Hotel Bawah Tanah Pertama Di Dunia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.