Seekor kambing baka kerdil, Belle yang dilaporkan hilang telah dijumpai di kawasan 25 batu dari rumah cuba untuk menaiki tram ke Manchester.
Belle dilihat sedang menunggu di belakang garisan kuning bersama-sama dengan penumpang lain. Tidak kekok walaupun hanya dia sahaja berlainan spesis, kehadiran Belle tidak dipedulikan penumpang lain yang dilihat sibuk menggunakan telofon bimbit.
Tuan Belle, Julie Swindell memberitahu bahawa Belle yang hilang sejak Isnin lalu dari ladangnya di Greenfield, Saddleworth.
Tidak diketahui bagaimana Belle boleh berakhir di stesen tram tersebut, Julie percaya bahawa ada pihak cuba ‘menculik’ Belle kerana keadaan pintu ladang yang terbuka serta kejatuhan wayar-wayar elektrik di sana.
Penyelamat haiwan, Louise Fields dari Dogs 4 Rescue di Salford bergegas ke stesen tram terbabit setelah mendapat laporan daripada salah seorang ahli kelab Khamis lalu.
Julie yang gembira dengan khabar baik tersebut pada awalnya menyangkakan bahawa Belle sudah menjadi ‘lauk’ telah datang berjumpa Louise bagi menjemput Belle pulang ke rumah bertemu adiknya, Jingle.
Mungkin Belle salah seekor daripada peminat MU, kan? Manalah tahu.
Sumber: Metro UK
Jaga-jaga, makanan pun boleh jadi racun.
6 Masakan Menjadi Racun Apabila Dipanaskan Semula
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.