Pelajar IPTA Juga Diberi Bantuan Food Bank Malaysia

Baru-baru ini dilaporkan tentang mahasiswa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti, antara ikhtiar hidup sebilangan mahasiswa di IPTA yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan.

Antara yang mengalami masalah seperti ini adalah golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing.

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan segera memperluaskan program Food Bank Malaysia ke kampus universiti awam bagi menyalurkan bantuan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan.

pelajar IPTA ikat perut
Sumber: FMT

KPDNHEP memainkan peranan sebagai penghubung dan mendapatkan komitmen daripada pasar raya untuk menyumbangkan lebihan makanan yang masih selamat untuk dimakan dan diambil oleh rakan strategik kementerian iaitu Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen dan Mutiara Foodbank bagi tujuan pengagihan.

Sebanyak 14 lori dilengkapi pendingin di bawah program Food Bank Malaysia bagi mengedarkan makanan kepada golongan B40 dan 20 universiti awam.

Program itu juga dijangka dilancarkan di Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah.

Sumber: Berita Harian

 

Nak tahu apa makanan yang menjadi pujaan rakyat Malaysia? Tonton

9 antara makanan kegilaan rakyat Malaysia mengikut negeri

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.