Nasi Lemak Tersenarai Antara 100 Hidangan Tradisional Terbaik Dunia

Walaupun kita sebagai rakyat Malaysia sudah lama berbangga dengan makanan tradisional iaitu nasi lemak, namun lebih membanggakan apabila melihat makanan tempatan ini mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Baru-baru ini, nasi lemak mendapat pencapaian global apabila disenarai dalam 100 hidangan tradisional terbaik dunia oleh Taste Atlas.

“Tiada hidangan lain di Malaysia yang terkenal seperti nasi lemak.”

Taste Atlas adalah sebuah laman sesawang yang menyenaraikan makanan dan minuman seluruh dunia beserta lokasinya. Laman sesawang ini juga menyenaraikan restoran terbaik yang menyajikan hidangan tersebut, disyorkan oleh pengkritik gastronomi.

Nasi Lemak Terbaik
Sumber: Labelme

Dalam senarai hidangan 100 teratas itu, Malaysia tergolong sama dengan 99 makanan lain termasuk sushi dan sashimi dari Jepun, som tam dari Thailand dan itik peking dari China.

Menariknya, kari laksa dan char kuetiau juga berada dalam senarai tetapi dikreditkan ke Singapura.

Di samping itu, Siam Road char kuetiau di Pulau Penang disenaraikan antara 50 makanan jalanan dalam World Street Food Congress 2017.

Bagaimanapun, pengiktirafan dunia bagi hidangan ini yang turut terkenal di Malaysia diendah.

Antara tempat makan terbaik bagi hidangan nasi lemak yang dicadangkan blogger makanan tempatan seperti Nasi Lemak Tanglin, Nasi Lemak Antarabangsa, Village Park Restaurant dan Ali, Muthu & Ah Hock.

Bagi anda, nasi lemak mana yang terbaik pernah dimakan seumur hidup anda?

Sumber: Star2

 

Bosan duduk di atas, boleh duduk bawah tanah.

Hotel Bawah Tanah Pertama Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.