Pengarah Operasi Food Aid Foundation Minta Najib Razak Supaya Hentikan Drama Menangis

Beberapa tahun belakangan ini, isu mahasiswa Universiti Malaya yang terpaksa berlapar kerana ketiadaan wang untuk makan hebah diperkatakan. Ada yang hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti merupakan antara ikhtiar hidup mereka.

BACA: Pelajar IPTA Juga Diberi Bantuan Food Bank Malaysia

Susulan dengan itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhasrat memperluaskan program Food Bank Malaysia ke kampus-kampus universiti awam bagi menyalurkan bantuan kepada mahasiswa yang memerlukan.

Berita ini telah menyebabkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib meluahkan rasa sedih beliau sehingga menangis di Facebook. Namun hantaran tersebut dikenal pasti sudah dipadam.

Najib Razak
Sumber: The Reporter

Aktif mengkritik kerajaan sekarang, bekas perdana menteri itu kembali diserang netizen di ruangan komen selain daripada menerima kritikan daripada beberapa individu, antaranya Hayati Ismail, seorang Pengarah Operasi Food Aid Foundation.

Food Aid Foundation merupakan sebuah yayasan kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan. Penubuhan yang bertujuan untuk menyediakan bekalan asas kepada rumah-rumah kebajikan, pusat pemulihan, pusat bantuan makanan, individu atau keluarga miskin dan orang upaya.

Najib Razak

Pernah mengusulkan kertas cadangan kepada Najib Razak pada 2016, tetapi tidak menerima apa-apa maklum balas daripada kakitangan bekas perdana menteri itu, Hayati Ismail menyuruh beliau hentikan drama ‘menangis’nya.

“Kenapa tidak anda menangis semasa kami bentangkan mengenai bank makanan sebagai salah satu cara bantu atasi kelaparan mahasiswa dan bekalkan makanan sihat?

Kenapa tidak anda menangis apabila kami mohon intervensi kerajaan untuk kecualikan GST 6% kepada pemberi dana untuk set maksimum RM500 setiap tahun?”

Kreatif sungguh Chef Amaury.

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.