Nestle Perkenal Kiosk Aiskrim Berkuasa Solar Pertama Dunia

Malaysia mungkin belum mencapai taraf boleh mencipta kasut kalis air (tanpa alat bantuan), papan hover ataupun kereta terbang tetapi Nestle Malaysia telah mencipta kiosk aiskrim berkuasa solar pertama di dunia.

Kiosk berevolusi itu menggunakan tenaga suria menerusi panel fotovoltan yang terletak di atas bumbung bagi memastikan aiskrim dalam peti sejuk kekal dingin, dari suhu luar pada 35 darjah celsius hingga maksimum -25 darjah celsius dengan kos sifar tenaga. Ia juga berfungsi ketika cuaca mendung dan pada waktu malam.

aiskrim berkuasa solar
Sumber: Sun Daily

Pelancaran kiosk berkuasa solar itu adalah untuk meneruskan komitmen syarikat memulihara kelestarian alam sekitar.

Menurut Pegawai Eksekutf Perniagaan Nestle (M), Teo Heng Keat, Malaysia adalah negara yang sesuai untuk mempunyai kiosk aiskrim solar Nestle dan berharap dapat memberi inspirasi kepada syarikat lain untuk mengambil tindakan dan mencari cara baharu untuk mengurangkan pelepasan karbon dan melestarikan alam sekitar.

Pada masa ini, terdapat dua kiosk aiskrim Nestle berkuasa solar sahaja bertempat di Sunway Lagoon. Nestle Malaysia berhasrat untuk melancarkan lebih banyak kiosk berkuasa solar di seluruh negara pada masa akan datang.

Sumber: Sun Daily