Siapa kata masak ayam percik susah? Senang sahaja. Kami berikan resipi mudah resipi ayam percik ala Kelantan yang hanya memerlukan beberapa langkah sahaja.
Bahan-bahan diperlukan:
*2 ketul paha ayam
*2 ulas bawang putih (dihiris)
*8 biji bawang merah (dihiris)
*5 batang serai (dihiris)
*1 inci halia (dihiris)
*1 cawan santan (½ biji kelapa)
*3 keping asam gelugur
*1 batang serai (Diketuk)
*1 sudu teh gula
*Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masak sehingga mendidih.
2. Kacau rata sehingga pekat dan pecah minyak.
3. Angkat ayam dan bakar berasingan sehingga sedikit garing sambil percikkan kuah.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Mudah bukan? Dengan hanya beberapa langkah, ayam percik Kelantan anda sudah siap untuk dimakan.