Bilakah Waktu Terbaik Melancong Ke Thailand?

Thailand menjadi salah satu destinasi utama para pelancong di Malaysia kerana bukan sahaja dekat, malah pelbagai juadah dan tarikan unik di sana yang menarik.

Kos yang diperlukan ke sana juga berpatutan. Jika anda dan rakan-rakan bercadang untuk ke mana-mana destinasi di Thailand, anda perlu pertimbangkan satu perkara ini iaitu waktu terbaik ke sana supaya perjalanan menjadi lancar.

Waktu terbaik berkunjung ke Thailand dari segi bajet:

Jika mahu melawat Thailand dengan bajet yang mencukupi, bulan September adalah waktu terbaik untuk anda. Pada bulan ini biasanya harga hotel lebih murah. Selain bulan September, pilihan bulan terbaik adalah antara Mei hingga Ogos.

Elakkan berkunjung pada bulan Oktober kerana negara-negara barat telah memasuki musim sejuk. Jadi, pada waktu itu menjadi musim puncak bagi pengunjung Eropah datang ke negara tropika ini.

Waktu terbaik ke Thailand
Sumber: Detik Travel

Waktu terbaik berkunjung ke Thailand dari segi musim:

Mahu perjalanan lancar mestilah seboleh-bolehnya mahu mengelak musim hujan bukan? Musim tengkujuh di Thailand biasanya antara bulan Jun hingga Ogos. Jika anda merancang pergi ke kawasan air terjun, jelajah gua dan taman negara, elakkan berkunjung pada bulan-bulan itu di sana.

Waktu terbaik berkunjung ke pantai di Thailand:

Negara Gajah Putih ini cukup terkenal dengan pantai dan pulau-pulau yang indah. Pasir pantai yang memutih dan air lautnya yang membiru memang tidak akan puas memandangnya.

Berkunjung ke pantai di sana juga perlu memilih waktu yang tepat supaya dapat menikmati percutian santai secara maksima.

Contohnya, jika bercuti ke pantai Krabi, waktu terbaik antara bulan November hingga April. Elakkan berkunjung pada bulan Januari dan Februari sebab pada bulan-bulan ini biasanya hujan lebat.

Waktu terbaik ke Thailand
Sumber: Says

Sementara itu, jika bercuti ke pantai sebelah barat seperti Phuket, Koh Phi Phi dan Koh Lanta, sebaiknya datanglah pada bulan Disember dan Januari kerana cuaca pada masa itu amat baik.

Itulah beberapa perkara/tip waktu terbaik untuk anda merancang percutian ke Thailand. Selain itu, rancanglah perjalanan dalam satu hari ke kawasan pelancongan yang berdekatan untuk anda kunjungi kerana dapat menjimatkan kos dan masa.

Sumber: HIS Travel