Resipi Udang Goreng Serai, Wangi Dan Menyelerakan

Bosan kan bila nak makan udang sahaja mesti akan masak lemak. Tak pun masak sambal dengan goreng biasa. Bila nak fikir menu lain, macam tak tahu nak masak apa.

Apa kata kali ini anda cuba lauk udang goreng serai pula? Senang sahaja caranya.

Bahan-bahan:

*500 gram udang (saiz besar)
*1 sudu teh serbuk kunyit
*5 batang serai (dihiris)
*2 biji cili merah (dihiris)
*3 biji cili hijau (dihiris)
*2 ulas bawang putih (dihiris)
*1 labu bawang besar (dipotong gelang)
*3 sudu makan minyak masak
*Garam secukup rasa

Resipi Udang Masak Serai
Sumber: youTube Marina Mustafa

Cara penyediaan:

1. Bersihkan udang. Potong bahagian yang tajam, basuh, dan toskan.
2. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
4. Masukkan udang dan bawang besar. Kemudian kacau rata.
5. Apabila udang sudah berubah warna dan masak, tutupkan api.
6. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan? Udang yang digoreng bersama serai ini memang boleh naikkan selera terutama bila bau serai bercampur dengan jus udang. Meleleh air liur dibuatnya!

Sumber: MyResipi

Nampak macam sedap gila Chef Burak ni masak!

7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.