Seorang warga emas, Aini Mydin mampu membuktikan pada dunia, umur bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai cita-cita dan impian mereka. Selagi ada hasrat dan keinginan, semuanya mampu dicapai.
Beliau yang sudah mencecah usia 60 tahun bergerak secara solo dari London dengan menaiki kereta api perlu menempuh perjalanan sejauh 18,200 kilometer dalam tempoh masa dua bulan sebelum selamat tiba di Kuala Lumpur.
Wanita yang sudah lama menetap dan bekerja di London itu memberitahu idea untuk perjalanan kembaranya itu tercetus selepas pemergian adiknya pada usia 60 tahun selain daripada mahu mengatasi rasa takut bersendirian.
Ingin melakukan sesuatu yang luar biasa dalam menyambut usia 60 tahun, Aini mengakui wujud perasaan gentar dan was-was pada awalnya kerana kembara secara solo memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Tambah lagi, beliau mengalami kecederaan pada lutut sehingga terpaksa memakai alat bantuan prostetik.
Dari London, Aini menaiki kereta api Eurostar ke Jerman sebelum bergerak ke Rusia. Dan dari sana, beliau bergerak ke Beijing melalui Trans-Siberia yang terkenal sebagai laluan kereta api terpanjang dunia.
Di Rusia, Aini dibuli pengembara lain hanya kerana tidak memahami dan tidak boleh bertutur dalam bahasa mereka. Ada yang bertindak agresif sehingga menyorokkan bagasinya.
Pernah juga ditipu sindiket teksi palsu di Shanghai, Aini hampir berputus ada apabila hostel yang beliau diami sebenarnya hotel pelacuran. Lagi-lagi apabila rakan yang berjanji untuk membantu pun turut menghilangkan diri.
Paling menyedihkan, malam kejadian merupakan malam raya. Hampir membeli tiket penerbangan untuk pulang kerana sudah berputus asa, Aini nekad menamatkan pengembaraan solonya untuk sampai di Kuala Lumpur.
Walaupun momen tersebut sudah berlaku hamir tiga tahun lalu, Aini masih lagi mengingati dengan jelas setiap apa yang berlaku setelah beliau selamat sampai ke Malaysia pada September 2016.
Sebagai simbolik bangga dilahirkan sebagai anak Malaysia, Aini menyarungkan jersi Harimau Malaya apabila tiba di setiap destinasinya selain turut merakamkan pengalamannya dalam buku Aini’s Railway Odyssey terbitan oleh Gerak Budaya.
Pesan wanita berani ini:
“Mesej saya kepada sesiapa yang ingin mengembara, penjelajahan apa-apa pun, sama ada melalui keretapi atau tidak, merupakan satu penjelajahan untuk mengenali diri sendiri.
Mungkin ada yang berpendapat, saya terlalu berusia untuk melakukan pengembaraan ini. Namun, saya mahu buktikan umur bukan penghalang untuk mengecapi impian.”
Sumber: Astro Awani
Nampak macam sedap gila Chef Burak ni masak!
7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.