Resipi Mudah Kek Cawan Teh Tarik Hipster

Sekarang ini kek cawan menjadi sangat popular sebab sangat mudah disediakan selain daripada tidak memerlukan bahan yang banyak.

Saiz yang sangat sesuai untuk seorang makan menyebabkan kek cawan menjadi pilihan menu makan orang bujang.

Bahan-bahan:

*1 uncang teh
*2 sudu besar susu
*2 sudu besar tepung serbaguna
*1 1/2 sudu besar gula kasar
*1/4 sudu kecil serbuk penaik
*1/8 sudu kecil garam
*3/4 sudu besar minyak sayuran dan minyak tambahan untuk mengris cawan
*1/4 sudu kecil ekstrak vanila

 

Cara penyediaan:

1. Dalam cawan atau mangkuk ketuhar yang selamat digunakan, panaskan minyak dalam ketuhar mikro pada suhu tunggi selama 30 saat.

2. Masuk 1 uncang teh ke dalam susu, tekan uncang menggunakan sudu dan biarkan teh meresap dalam susu.

3. Kemudian dalam mangkuk berasingan, masuk tepung, gula, serbuk penaik dan garam, kemudian gaul rata.

4. Keluarkan dan perah uncang teh dan tuangkan ke dalam campuran bahan kering sebelum digaul sehingga sebati.

5. Masukkan minyak masak serta esen vanila ke dalam adunan dan kacau rata.

6. Titiskan beberapa minyak panas ke dalam cawan ketuhar yang selamat dan gunakan berus atau tisu unuk ratakan minyak sebelum dimasukkan adunan kek.

7. Bakar dalam ketuhar mikro suhu tinggi selama 1 minit 30 saat sebelum dihidangkan.

 

Kek Cawan Teh Tarik

 

Tip 1: Pilih uncang teh yang mempunyai rasa paling kuat untuk rasa yang sedap.

Tip 2: Jangan guna paket teh tarik 3-in-1.

Tip 3: Guna minyak jagung, minyak biji anggur atau minyak bunga matahari untuk rasa yang tidak kuat.

Tip 4: Kek cawan ketuhar mikro akan menjadi kenyal apabila sejuk. Jadi pastikan anda makan semasa suhu kek suam-suam.

Tip 5: Untuk rasa yang lebih kaw, tuang sedikit susu pekat di atas kek sebelum dimakan. Atau toppingkan dengan aiskrim vanilla.

Sumber: Butterkicap

 

Apa motif muzium ini dibina eh?

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.