Makanan Malaysia ‘Kalah’ Dalam Tinjauan Global

Walaupun Malaysia terkenal sebagai syurga makanan buat pelancong, namun hasil tinjauan global daripada YouGov bakal mengejutkan rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, hasil tinjauan dan maklum balas daripada pengguna dan pelawat laman YouGov membuktikan Malaysia telah kalah dan gagal menempatkan diri di tangga atas.

Pada pendapat chef selebriti negara, Chef Wan, ranking tersebut berkemungkinan dipengaruhi oleh lingkungan penghasilan makanan (food-print) yang kecil.

Chef Wan memberitahu berkemungkinan pengunjung platform tersebut belum pernah menjejakkan kai di Malaysia, atau kurang suka dengan makanan Malaysia yang unik turut menjadi faktor kepada kejatuhan kedudukan ini.

Nasi Lemak Terbaik
Sumber: Labelme

Selain itu, Chef Wan berpendapat makanan Malaysia juga tidak mempunyai label besar dalam industri makanan global yang mana seperti Thailand dan Vietnam.

Dalam satu penemuan baru oleh agensi kajian pasaran global, seramai 25,000 orang di 24 buah negara telah diminta untuk menilai 34 makanan nasional yang mereka cuba.

Hasilnya Itali berada di kedudukan pertama dengan nilai 84% undian, disusuli China (78%) dan Jepun (71%). Manakala Malaysia hanya menerima 48% dan Peru sebanyak 32%.

Di kawasan Asia Tenggara, Thailand mendahului di tangga ke-4, manakala Vietnam menduduki tangga ke-14, Singapura dan Indonesia bersama-sama di tangga ke-18 dan ke-19.

Mesti ramai yang pelik mengapa Singapura mendahului daripada Malaysia. Juri MasterChef Malaysia, Johari Edrus memberitahu ada kemungkinan peserta keliru dengan asal-usul makanan yang mereka makan; Singapura banyak menuntut makanan Malaysia adalah milik mereka.

Cendol Segera
Sumber: Youtube Sister’s Kitchen

Makanan Malaysia menerima penghargaan daripadar rakyat Malaysia sendiri dengan kadar 97%, diikuti dengan Singapura sebanyak 91%. Kebanyakan daripada mereka yang kurang suka dengan makanan Malaysia adalah orang Itali dengan kadar 21%.

Konsultan Itali memberitahu orang Itali mungkin tidak faham budaya makanan Malaysia kerana mereka sudah terbiasa dengan menu tertentu pada waktu tertentu, contohnya untuk sarapan perlu ambil roti dan kopi.

Idea untuk makan makanan berat seperti nasi lemak mungkin sukar untuk mereka fahami. Ada juga orang Itali yang mementingkan tradisi makanan mereka sebab itu masih ramai orang Itali lebih suka makanan dari rumah (Itali).

Walau bagaimanapun, tiada apa yang perlu rakyat risaukan tentang kedudukan ini kerana ianya tidak melambangkan menu makanan Malaysia secara menyeluruh. Bak kata Chef Wan,

“Hanya pakar makanan sahaja yang faham tentang makanan, kerana akhirnya makanan Malaysia juga yang akan menonjol.”

Tak begitu?

Sumber: The Star Online

Pandainya Adamidam ini masak.

5 Resepi Unik Oleh Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.