Malaysia memang sudah terkenal dengan rakyatnya yang sukakan makanan. Kalau tidak takkanlah Malaysia berjaya menduduki tempat pertama dalam rantau Asia dengan rekod setinggi 23.7% rakyat obesiti.
Sehinggakan apabila melancong, makanan menjadi faktor utama rakyat Malaysia dalam memilih destinasi.
Ini antara dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh Booking.com, salah sebuah platform tempahan penginapan membabitkan 53,492 orang pelancong dari 31 buah negara.
80% responden Malaysia dan 3/4 daripada responden Singapura memilih ‘mencuba makanan baharu’ sebagai penyebab utama mereka melancong.
Jika dibandingkan dengan rakyat China dan Taiwan, mereka lebih gemar melancong untuk merasai pengalaman gaya hidup yang lebih ringkas.
Manakala rakyat Jepun dan Hong Kong pula melancong kerana mahu lari daripada persekitaran yang sangat menuntut dan tidak seronok.
Pelancong Indonesia, India dan Filipina memilih untuk keluar melawat negara-negara luar adalah disebabkan untuk membuktikan status sosial mereka tidaklah serendah yang diwar-warkan di media.
Sumber: Astro Awani
Fuhh, kalau ajak geng datang sini seronok habis.
MakanLena: Tadom Hills, Banting
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.