‘GrabFoodCopter’ Hanyalah Sekadar Gurauan April Fool

Pada Jumaat lepas, GrabFood umum bakal menawarkan perkhidmatan GrabFoodCopter bagi penghantaran makanan antara Malaysia dan Singapura melalui satu klip video di laman Facebooknya.

Menerusi klip video berdurasi 39 saat itu, melalui khidmat GrabFoodCopter, rakyat Malaysia boleh memesan makanan dari Singapura dengan penghantaran yang akan dibuat menggunakan helikopter.

Syarikat tersebut juga mendakwa perkhidmatan itu akan membolehkan warga Malaysia mengakses makanan Malaysia versi Singapura seperti nasi lemak, nasi ayam dan mi Hokkien.

Grab April Fool
Sumber: The Star

Bagaimanapun, perkhidmatan itu hanyalah gurauan semata-semata oleh syarikat e-panggilan terbesar itu bersempena 1 April yang dikaitkan dengan hari April Fool.

“April Fool! Kami sebenarnya tidak melancarkan GrabFoodCopter, tetapi kami tetap serius untuk memuaskan keinginan semua orang dengan makanan Malaysia yang hebat.”

https://www.facebook.com/GrabFoodMY/posts/1190374897807934

Bagi mereka yang sudah mendaftar diri sebagai 1,500 penguji-beta terawal, akan diberi ganjaran sebanyak 40% diskaun untuk satu pesanan menggunakan kod promo yang telah dihantar e-mel kepada mereka.

Siapa yang betul-betul percaya, tak rasa pelik ke begitu mudah buat penghantaran makanan melalui helikopter dari Singapura ke Malaysia?

Sumber: The Star

Inilah sebabnya peminat anime suka ke Jepun.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.