Terengganu Batal Beli Bas Dua Alam Walaupun Sudah Bayar RM2.7 Juta

Impian menjadikan keunikan bas dua alam tarikan Terengganu sejak tahun lepas lebur begitu sahaja kerana Kerajaan Negeri Terengganu akan membatalkan projek pembelian bas berkenaan, meskipun sudah membayar sebanyak RM2.7 juta dengan baki pembayaran sebanyak RM336,350.

Bas dua alam atau lebih dikenali sebagai Amphicoach mempunyai ciri yang berfungsi di darat dan dalam air adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini dan ke-13 di dunia. Bas dua alam yang ditempah khas dari Malta pada 2014 itu dibeli pada kos RM3 juta sebuah.

Ia berikutan pihak kontraktor tidak dapat mematuhi syarat dan terma kontrak selaras serta gagal mendapat kelulusan pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut Malaysia bagi membolehkannya beroperasi di darat dan laut.

Bas Dua Alam Terengganu
Sumber: Berita Harian

Awal tahun lepas, bas itu tenggelam di Sungai Terengganu semasa dipandu uji bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Lebih menghangatkan lagi isu ini apabila dewan diberitahu bahawa kenderaan bas dua alam yang tiba di Terengganu ialah daripada jenama MAN bukannya Iveco Bus seperti yang ditempah namun menjelaskan ia adalah keputusan kerajaan negeri sebelum ini berdasarkan ketahanan dan kelasakan jenama itu.

Selain beberapa masalah teknikal lain, bas jenama MAN yang mempunyai 42 tempat duduk penumpang juga tidak mendapat kelulusan JPJ kerana tidak menepati kehendak teknikal agensi itu termasuk masalah untuk memindahkan penumpang sekiranya berlaku kecemasan di air.

Pembelian Amphicoach itu diilhamkan bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu ia digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu.

Sumber: Projek MM

Makan ini, kenyang sampai ke malam.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.