Selepas selesai urusan check-in, pernah tak anda terfikir mengenai kemungkinan percutian anda bakal bertukar menjadi tragedi di lapangan terbang?
Ini yang berlaku pada seorang lelaki, Hanif Husaini apabila rancangan percutian beliau terganggu akibat daripada kes overbooked seat penerbangan pesawat AirAsia.
Baca perkongsian beliau di bawah:
“Okey, hari ini buat pertama kalinya abam kena offload dari flight AirAsia (ingat rugbi saja ada offload). Seat abam 32D tapi flight ini ada sampai 31 saja.
Jadi ada 6 penumpang yang tak ada seat termasuklah aku. Lepas tanya staf AirAsia macam mana boleh jadi macam ini, dia cakap flight tukar last minit sebab rosak. Jadi dekat sini aku macam tak berapa nak puas hati sikitlah dengan AirAsia pasal kes ini.
1. Kenapa replace dengan aircraft yang 186 seater sedangkan ada 192 passenger?
2. Kalau betullah rosak, kenapa tak bagitahu masa tengah tunggu boarding tu. Ada lebih kurang 45 minit lepas gate open. Dan semua passenger dibenarkan masuk aircraft termasuk aku.
Tak logik la hang tak tahu yang hampa tukar flight baru yang seat dia lebih SEDIKIT berbanding flight yang awalnya dikatakan ROSAK itu.
Jadi macam something fishy sikit la. Tak pasal-pasal kena halau. Jatuh saham cheq tau. Macam beli tiket flight dengan ulat tiket pula.🤣😅
3. Cara dia offload orang randomly pun macam tak syok juga la. Tak ada dalam terma dan syarat pun, siapa check-in lambat ke, awal ke akan boleh di offload sesuka hati termasuk yang pakai kupon.
Dan ada seorang amoi kena offload tapi seat dia di row 30. Jadi kesian juga la. Check-in awal tapi tiba-tiba kena halau keluar. Dah siap duduk dah.
Jadi, abam rasa tak berapa puas hati dan rasa macam AirAsia macam nak makan cemey atas angin dengan buat overbooked. Jadi, bila ada orang tak show up, jadi seat dia orang tu boleh digantikan dengan orang yang seat lebih ini.
Tapi hari ini end up dengan semua orang show up. Tapi tak tahu la, ini bukan tuduhan, ini andaian saja. Dan andaian aku ini berasas sebab aku dan orang yang kena offload dengar masa atas flight, staff dia orang sebut overbooked-overbooked ini.
Jadi solution dia, AirAsia bagi tiket baru dan baucar makan RM20. Jadi okey la juga, tapi still tiket baru dan makan tak dapat ganti MASA dan plan perjalanan aku nak balik. kena plan balik, atur balik.
Renyah dan menyusahkan. Terpaksa cari transportation baru nak masuk MARUDI nanti. Modal-modal, dan yang paling tak boleh ganti ayaq muka cheq kena halau keluar flight sambil control senyum acah-acah cool macam tak ada apa-apa. At least bagi la explanation dekat semua passenger on board and cash sikit. Haha.
So, moral of the story, jangan happy sangat bila dah check-in tu. Anda mungkin mangsa offload seterusnya.
Sekian, terima kasih.
Encik Fared Yahya, ajar sikit depa ini cara offload sebenar. BTW, air mineral ini memang mengundang betul. Bergenang air mata. 😅”
Kesian, tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. Semoga lepas ini AirAsia lebih cakna dan kes overbooked sebegini tidak berlaku lagi.
**Artikel diambil daripada Hanif Harudi. Untuk ikuti beliau, anda bolehlah melawat laman Facebooknya di sini.
Keju piza ini boleh buat jadi game siapa tarik paling panjang.
Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.