Inisiatif ‘Durian Tourism’ Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin memberitahu bahawa pihak mereka akan bekerjasama menjalankan Durian Tourism di Malaysia dengan Kementerian Pelancongan dan Budaya.

Jenis pelancongan ini bakal dilaksanakan dalam bentuk pakej bagi menggalakkan kemasukan pelancong terutamanya mereka yang datang dari China, Hong Kong, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Langkah ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan negara, malah pendapatan rakyat terutamanya dari kalangan pekebun dan industri hiliran selain daripada menggalakkan industri agropelancongan.

Durian Tourism

Dengan melihat gambaran besar sekiranya pelancongan buah ini dapat dilihat, Tze Tzin yakin kedatangan pelancong ke negara Malaysia dapat memberikan sumber pendapatan kepada industri teksi, e-panggilan dan penginapan atau perhotelan.

Langkah ini dibuat bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020. Bagi pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk biji pula, protokol perjanjian sudah ditandatangani di Beijing, China pada 20 Ogos 2018.

Namun, pengeksportan hanya akan dilakukan selepas fasiliti dan ladang yang mematuhi syarat protokol diluluskan oleh General Administration of Customs of The People’s Republic of China (GACC).

Sumber: Astro Awani

Jangan main-main dengan skill Chef Burak.

7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.