Mushroom Dome Cabin, Penginapan Airbnb Paling Popular Di Dunia

Di tengah-tengah hutan belantara, jauh daripada hiruk-pikuk kota, terdapat sebuah penginapan berbentuk seperti cendawan dan paling tidak disangka, penginapan ini menjadi pilihan utama para pengguna aplikasi Airbnb.

Airbnb merupakan aplikasi yang menawarkan pelanggan pelbagai pilihan penginapan dengan harga berpatutan.

Mushroom Dome Cabin yang terletak di San Francisco dipilih menjadi penginapan Airbnb paling popular di dunia. Kabin ini dimiliki oleh Kitty dan Michael dan mampu memuatkan 3 tetamu.

Penginapan dengan rekaan semi-rustic ini hadir dengan 1 bilik tidur dan 2 katil sahaja.

Para tetamu yang menginap di Mushroom Dome Cabin in pasti jatuh cinta dan kagum dengan rekaannya yang turut menawarkan ruang beranda untuk bersantai merasai suasana dalam hutan, menikmati keindahan bintang dan bulan, dan menjelajah hutan. Di sini juga tetamu dapat melihat burung madu (humming bird).

Airbnb Mushroom Dome Cabin
Sumber: Inhabitat

Airbnb Mushroom Dome Cabin

Airbnb Mushroom Dome Cabin

Kabin ini terletak lebih kurang 10 minit dari Aptos Village untuk para tetamu mencari kedai makan dan kedai serbaneka serta 10 minit dari pantai.

Bagi anda yang ingin menginap di Mushroom Dome Cabin, harga penginapan untuk satu malam adalah $130 (RM531) dan anda boleh membuat tempahan melalui Airbab.

Sumber: Airbnb

Fuhh, kalau ajak geng datang sini seronok habis.

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.