Pulang Beraya Dengan AirAsia

Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri antara 30 Mei dan 16 Jun 2019, AirAsia akan menambah 437 penerbangan tambahan.

Penerbangan tambahan itu membabitkan laluan dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuching, Sibu, Miri, Sandakan, Tawau, Alor Setar, Kota Bharu, Langkawi, Terengganu dan Johor Bahru, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Miri, Sibu, Tawau dan Alor Setar.

Raya AirAsia
Sumber: AirAsia

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat pada musim perayaan, pihaknya menyediakan penerbangan ini dengan tambahan 78,000 tempat duduk.

Bagi anda yang merancang pulang beraya melalui pengangkutan udara, boleh membuat tempahan sekarang di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia di telefon pintar anda.

Sumber: AirAsia

 

Mana satu pilihan hati?

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.