Cuti umum merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang, kerana cuti umum merupakan hak bercuti yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Ada cuti umum yang diambil kerana meraikan perayaan agama, pertabalan raja, hari penting dan bersejarah untuk negara.
Kalau anda rasa di Malaysia sudah banyak bilangan cuti umum, tahukah anda bahawa ada negara yang lebih banyak bilangan cutinya daripada negara Malaysia?
1. Kemboja – 28 hari
Banyak cuti umum negara Kemboja adalah disebabkan oleh perayaan agama Budda. Menggunakan kalender tradisi Khmer yang asanya melihat pergerakan bulan, cuti umum Kemboja adalah berubah-ubah setiap tahun.
2. Sri Lanka – 25 hari
Siapa kata duduk Sri Lanka tak seronok? Nah, lihat sajalah bilangan hari cuti umum mereka. Walaupun banyak rakyat Sri Lanka beragama Buddha, namun cuti umum mereka masih lagi melibatkan perayaan agama lain seperti Hindu, Muslim, Katolik dan Kristian. Jika anda bekerja di Sri Lanka pada cuti umum, anda akan dibayar dua kali ganda daripada kadar bayaran biasa.
3. India, Kazakhstan – 21 hari
Di India, tiga cuti umum utama mereka ialah Hari Kemerdekaan (15 Ogos), Hari Republik (26 Januari) dan Hari Kelahiran Mahatma Ghandi (2 Oktober). Ada juga variasi cuti umum di India adalah berdasarkan kepada perayaan pilihan tempatan.
Bilangan cuti umum di Malaysia jatuh di senarai nombor tujuh, setanding dengan negara-negara seperti Jepun, Argentina, Lithuania dan Sweden. Senarai penuh bilangan cuti umum mengikut negara boleh dilihat dari jadual di bawah:
Itu di tahun 2018, mari kita lihat senarai pada tahun 2019 pula. Malaysia mendahului carta senarai dengan bilangan cuti umum sebanyak 50 hari. Disusuli dengan Kemboja (31 hari), Thailand (26 hari), Myanmar (25 hari), Filipina (21 hari), Indonesia (20 hari), Brunei (19 hari), Singapura (14 hari) dan Laos (13 hari).
Buat pertama kalinya, bilangan cuti umum di Malaysia meningkat sehingga hampir 3 kali ganda daripada bilangan biasa. Kalau ada yang teringin untuk menikmati cuti umum yang banyak daripada yang ada di Malaysia, bolehlah sudah mula cari peluang untuk menetap di negara-negara berkenaan. Tak perlu dah minta MC dan mohon cuti dah.
Sumber: World Atlas
Ei, jijik sungguhlah.
Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.