Satu Resipi Untuk Variasi Menu Lauk Masak Lemak Cili Api

Masak lemak cili api memang sesuai dengan cita rasa orang Melayu kerana dalam hidangan ini lengkap semua rasa yang kena dengan tekak Melayu; pedas dan berlemak. Juga boleh divariasikan lauknya, masak lemak cili api ini senang sangat nak dimasak.

Boleh divariasikan kepada beberapa lauk seperti udang, ayam, ketam dan ikan, masak lemak cili api ini tidak memerlukan bahan yang banyak pun. Dengan resepi di bawah ini, anda boleh gunakan untuk masakan dua orang.

Masak Lemak CIli Api

Bahan-bahan:

*4 ketul ayam/ Semangkuk besar udang/ Seekor ketam saiz besar/ 4 ekor ikan (pilihan)/ Semangkuk daging
*7 biji cili api (belah dua)
*Secawan santan pekat
*1 keping asam gelugur
*1/2 sudu kecil serbuk kunyit
*1/2 sudu besar garam
*2 batang serai
*2 biji tomato
*Sebiji kentang (direbus sedikit terlebih dahulu)

Cara masak:

1. Masukkan lauk pilihan anda bersama bahan-bahan yang lain. Perasakan dengan garam dan santan secukup dan selemak yang anda mahukan.

2. Masak dalam api perlahan selama 5-7 minit. Mungkin untuk ketam dan daging, masa memasak yang lebih lama diperlukan.

3. Setelah lauk anda sudah masak, angkat dan hidangkan.

Masak Lemak CIli Api

Tip 1: Ada juga sesetengah individu rebus lauk dengan bahan-bahan lain dalam sedikit air tanpa masukkan santan terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk mengelakkan santan menjadi seperti ‘berketul’.

Tip 2: Nak lagi sedap? Masukkan sedikit belimbing buluh atau nenas. Tapi kalau dah letak belimbing buluh, elakkan letak asam gelugur dan tomato.

Inilah sebabnya peminat anime suka ke Jepun.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.