Bukan calang-calang bakat seni pastri seorang pereka dalaman, Tanya Nisa ini. Sayangnya tidak semua orang menghargai bakatnya.
Nak tahu kenapa? Kek yang dihasilkan ibu kepada empat orang anak ini bukan kek yang biasa anda lihat; cantik dengan manisan dan hiasan memukau tetapi kek ini dihasilkan dengan menjadikan tubuh badan manusia sebagai inspirasi.
Makan kek buatan Tanya sama seperti terasa mengunyah anggota badan manusia seperti jari, kaki atau lengan namun mempunyai tekstur seperti kek span. Menjadikan filem Hannibal sebagai inspirasi, Tanya mengambil masa tujuh tahun untuk beliau mahir dalam menguasai seni ini.
Tanya turut ditakuti oleh sebilangan orang kerana ada kek buatannya yang kelihatan sangat realistik dengan titisan darah dari potongan kecederaan sehingga ada juga yang memanggilnya sebagai kanibal.
“Ianya berbeza daripada kek biasa yang anda lihat cantik. Ianya menakutkan anak-anak saya, kadangkala saya juga. Tapi saya hanya perlu memotongnya untuk membuktikan ianya cuma kek biasa. Reaksi orang yang melihat kek saya sangat kelakar sama ada mereka membencinya atau menyukainya.”
Bagi setiap rekaan, Tanya hanya memerlukan masa sekitar beberapa jam ke sehari untuk menyiapkannya. Rekaan terbaru dalam seni pastrinya ialah set jari disimbah darah yang memperlihatkan tulang (sama seperti warna kulit) dan salah satu daripada jari tersebut disarung dengan cincin perkahwinan.
Hanya kadangkala menerima tempahan daripada rakan-rakannya dalam menghasilkan ‘kek berdarah’ ini, Tanya mempelajari teknik warna dan struktur anggota badan manusia supaya kek yang dihasilkan lengkap dengan ciri-ciri seperti anggota badan manusia sebenar.
“Kek paling ekstrem pernah saya bakar ialah bentuk kepala manusia yang berdarah dan cedera. Saya gunakan kek Madeira kemudian salutkan ia dengan fondant dan pelekat getah. Semuanya dicatkan dengan menggunakan tangan.
Saya menghasilkan ‘kek berdarah’ ini hanya sekadar suka-suka dan hobi, bukan kerana perniagaan.”
Sumber: Metro UK
Chef Amaury ini arkitek juga tau. Arkitek seni bina coklat.
5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.