Sotong merupakan salah satu menu yang sangat senang dimasak kerana masa yang diperlukan untuk ianya masak adalah singkat. Untuk tip masak sotong, pengekalan sotong untuk kekal rasa jus dan tekstur penting supaya tidak terasa liat.
Bahan-bahan:
*Sotong – dipotong kecil atau bulat
*1 inci halia dihiris halus
*3 biji bawang merah dihiris halus
*3 ulas bawang putih dihiris halus
*1 biji bawang besar dihiris besar dan tebal
*1 tangkai cili merah dipotong serong
*Asam jawa sebesar ibu jari – dibuat air asam
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang merah, halia dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan sotong sehingga hampir garing.
3. Masukkan air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
4. Tambah sedikit air (pilihan).
5. Kacau sebati hingga mendidih.
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Tip 1: Jika mahu pedas, tambahkan sedikit cili.
Tip 2: Untuk wangi, masukkan daun limau purut.
Sumber: Rasa
Muzium Doremon pun ada?
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.