Myvi Hilang Kawalan Rempuh Belakang Nissan GT-R

Sebuah model kereta ikonik dunia, Nissan GT-R yang diparkir di tepi jalan rosak di bahagian belakang akibat dirempuh sebuah kereta Myvi jam 11 malam tadi.

Kereta Myvi yang hilang kawalan itu dipandu lelaki berusia 45 tahun dipercayai dalam perjalanan Seremban 2 ke Emerald Park.

Myvi Langgar Nissan GT-R

Sebalik tiba di kawasan kejadian, kereta Myvi tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tembok batu di kiri jalan sebelum berpusing beberapa kali memasuki jalan bertentangan dan merempuh kereta Nissan GT-R di tempat parkir.

Myvi Langgar Nissan GT-R

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan. Pemandu Myvi hanya mengalami kecederaan kecil manakala pemilik Nissan GT-R pula tidak mengalami kecederaan.

Myvi Langgar Nissan GT-R

Agaknya berapalah jumlah yang perlu dibayar untuk ganti rugi kerosakan Nissan GT-R itu kan? Memang menangis jugalah nak bayar kereta yang harganya boleh beli sebuah rumah ini.

Sumber: Harian Metro

Trending betul salt bae ni.

13 Gaya ‘Poyo’ Salt Bae Dalam 3 Minit

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.