Pihak Berkuasa Itali Rampas Telur Padi Kerana Anggap Tidak Sesuai Untuk Sistem Penghadaman

Boleh dikatakan telur padi dan telur masin antara makanan istimewa di Asia termasuk Malaysia. Telur padi atau nama lainnya, telur seratus tahun (century egg) ialah sejenis telur itik yang disalut dengan sekam padi. Lebih kurang seperti telur masin tetapi isinya kelihatan seperti jeli.

Namun, seperti biasa ada sahaja makanan Asia dianggap pelik oleh sesetengah negara barat. Pada awal bulan, pihak berkuasa Itali merampas 800 biji telur padi dari dua buah restoran di Sicily kerana menganggap telur itu tidak sesuai untuk sistem penghadaman.

Dalam satu kenyataan pada 9 April, Kementerian Kesihatan Itali mengatakan telur padi tidak sesuai untuk manusia dan melanggar undang-undang import Kesatuan Eropah. Kebanyakan barang yang dirampas ialah telur padi dan beberapa telur masin.

Hal itu telah menyebabkan netizen berasa hairan dan mengatakan orang barat tidak memahami makanan Asia.

Ini bukan kali pertama mereka menganggap telur padi adalah makanan yang teruk. Disgusting Food Museum yang baru buka pada tahun lepas di Sweden juga menyenaraikan telur padi dan durian antara makanan paling jijik. Manakala pada tahun 2011, CNN mengundi telur padi adalah makanan paling menjijikkan.

telur padi
Sumber: Gulf News

Sumber: Today

Kaki anime tak sah kalau tak pergi salah satu tempat ini.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.