Wanita Trauma, Beli Kepak Ayam McDonalds Siap Dapat Pakej Bulu

Anda rasa apa yang akan anda lakukan jika ayam goreng dipesan dihantar bersama pakej bulu masih terlekat?

Seorang wanita di Beijing trauma apabila ayam goreng yang dipesan beliau Ahad lalu dihantar bersama dengan pakej bulu yang masih terlekat pada bahagian kepak.

Beliau pada awalnya tidak perasan dengan perkara itu dan hanya menyedari setelah beberapa ketul bahagian ayam sudah dimakan anaknya.

McD Kepak Ayam Ada Bulu 1

Wanita terbabit yang berang dengan tahap kebersihan restoran segera itu telah memuat naik satu hantaran di media sosial.

Selain itu beliau turut memberitahu walaupun McDonalds ada menawarkan ganti rugi sebanyak USD45 iaitu 10 kali ganda harga kepak ayam tersebut dalam bentuk kupon makanan dan wang tunai, beliau tetap menolak.

“Siapa sahaja yang boleh menerima perkara seperti ini? Anak saya trauma, setiap kali makan pasti dia akan muntahkan kembali.”

Wanita terbabit kemudiannya melaporkan kejadian tersebut kepada bahagian pengurusan keselamatan makanan. McDonalds di China telah memohon maaf secara rasmi di akaun Weibo mereka dan berjanji akan melakukan siasatan.

Di China, ini bukanlah kali pertama restoran segera McDonalds didakwa dengan tuduhan tidak mengikuti standard penyediaan dan keselamatan seperti yang digariskan dalam polisi.

Sumber: South China Morning Post

Sedapnya. Boleh cuba resipi Adamdidam masa bulan puasa nantilah.

5 Resepi Unik Oleh Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.