Dalam Islam, kesucian adalah sesuatu yang amat dititik beratkan terutamanya kesucian pakaian dan tubuh. Apabila melancong ke negara bukan Islam, ada beberapa cabaran yang perlu kita hadapi sebagai seorang Muslim.
Sebagai contoh, penggunaan paip di tandas. Di Malaysia, hanya sebilangan kecil tandas sahaja yang tidak menggunakan paip. Bagi kebanyakan orang Malaysia terutamanya Muslim, penggunaan air paip selepas ‘melepaskan hajat’ adalah penting.
Tahukah anda, di beberapa daerah negara Vietnam peratusan kewujudan paip air dalam tandas mereka hanyalah 2-5% sahaja?
Seorang wanita yang dikenali sebagai Khuza Hasan telah berkongsi pengalamannya yang melancong ke Vietnam dan terpaksa berhadapan dengan tandas tanpa paip. Memang perit.
Mengalami kesukaran dalam menyucikan diri selepas melepaskan hajat, Khuza ada berikan beberapa tip untuk mereka yang bercadang untuk melancong ke Vietnam.
1. Sediakan travel bidet (seeloknya bawa setiap kali travel sebagai langkah persediaan).
2. Sediakan tisu basah secukupnya.
Untuk pembelian bidet, jangan risau. Anda boleh sahaja beli secara atas talian; Lazada, Shopee dan sebagainya dengan harga sekitar RM8 hingga RM12 sahaja.
Pesan Khuza lagi, bila travel yang penting kena sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Ada baiknya sediakan payung sebelum hujan. Tapi jangan risau, di rumah penginapan atau hotel ada sahaja disediakan paip dalam tandas.
Sumber: Khuza Hasan
Meleleh air liur tengok daging grill.
<span style="color: #27aae1;"SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.