Bihun Sup Daging Overload!
Born & Raised in Sungai Petani:
Sebagai seorang penduduk Sungai Petani (SP), setiap kali ada rakan-rakan yang datang singgah atau ‘berjalan’ di SP bertanyakan kepada saya soalan, “dekat mana yang best nak makan kat SP?” Pasti sukar sekali saya nak jawab soalan itu.
Bukan sebab di SP ini banyak sangat tempat makan yang best sampaikan saya tak tahu nak mula dari mana, atau pun bukan juga sebab SP ini langsung tak ada tempat makan yang best, tetapi isunya di sini saya sendiri yang tak banyak explore SP ini dari sudut keistimewaan tempat makan, restoran dan warungnya.
Tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, especially selepas saya lancarkan blog Chasing The Sun ini, saya mula lebih peka untuk betul-betul menilai tempat-tempat makan yang menarik dan sedap di SP untuk saya kemudiannya kongsikan di blog ini dan harapnya dapat menjawab soalan, “apa tempat makan best di SP?” dengan yakinnya.
Jadi untuk entri kali ini, saya nak kongsikan sebuah restoran yang pada pendapat saya mempunyai daya tarikan tersendiri. Apa dia daya tariknya itu? Haaa, teruskan membaca.
Apa nama restoran ni?
Namanya Restoran Rimbun Mat Top! Boleh klik sini untuk terus ke Google Maps lokasi restoran ini. Waktu operasi restoran ini buat masa sekarang adalah dari jam 10 pagi sampai jam 12 tengah malam dan tutup pada hari Jumaat.
Ini pun sebenarnya saya baru sahaja pergi makan di sana dengan family. Masih mantap macam yang saya rasa sebelum ini. Kalau kau orang baru first time datang makan di sini, saya nak sarankan tiga menu wajib yang korang kena cuba:
1. Cendol Pulut Durian Special (RM11),
2. Bihun Sup Daging/Ayam (RM5), dan
3. Mi Tulang Rusuk (RM15).

Sememangnya ketiga-tiga menu ini intro yang padu dekat Restoran Rimbun Mat Top. Honorable mention would be Mi Kari. Istimewanya Bihun Sup dia adalah, rasa yang memang on point, lepas itu dia orang ini sangatlah pemurah dari segi isi-isi dalam Bihun Sup.
Kau orang tak percaya? Mari tengok gambar kat bawah ini, overload weh daging dia.
Kalau kau orang datang awal sikit, mungkin boleh cuba set-set makan tengah hari yang disediakan. Buat penggemar cendol durian macam saya ini, memang dah beberapa kalilah datang dating dengan wife di sini. Walaupun harga Cendol Durian Special di sini tu agak on the higher range, tapi let me tell you, its worth the money.
Btw, setting dalam restoran ini pun agak cantik ada ruangan pondok dua tingkat, ada ruang makan meja biasa dan ada yang di tepi kolam dan dihiasi background sawah padi dan Gunung Jerai. Vibe dia memang nice.
Okeylah, sekadar itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. InshaAllah akan ada lagi restoran yang saya dan team akan cadangkan dan kongsikan di sini. Harapnya dapat membantu kau orang ya! Jumpa lagi di entri lain! Assalamualaikum.
**Artikel ini disumbangkan oleh pemilik blog Chasing The Sun. Untuk ikuti blog tersebut, anda bolehlah lawati laman ini.
Cool beb!
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.