Tinggal beberapa hari sahaja untuk umat Islam menyambut Ramadan awal bulan depan dengan berpuasa selama sebulan bermula dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari berserta niat.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan melakukan pemantaun serta penguatkuasaan sepanjanng bulan Ramadan dalam memastikan kesucian bulan itu terpelihara. Pihak JAIS akan memantau premis yang menjual makanan kepada umat Islam secara terbuka atau di tempat awam pada waktu siang.

Perkara itu juga termasuk penjualan makanan kepada mereka yang tidak berpuasa. Menjadi satu kesalahan apabila individu beragama Islam didapati menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap sepanjang bulan Ramadan.
Individu yang melakukan kesalahan boleh disabitkan di bawah Seksyen 19, Tidak Menghormati Ramadan, Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Selain itu, Bahagian Pengurusan Halal juga akan memastikan tiada individu atau premis syarikat yang mengambil kesempatan dalam mempromosikan hidangan berbuka puasa ‘Bufet Ramadan’ tetapi tidak memiliki Pensijilan Halal yang diiktiraf JAKIM.
Orang awam boleh berhubung dengan pihak JAIS di talian 03-55143760/ 3486 bagi melaporkan sebarang keraguan terhadap Sijil Pengesahan Halal yang dipamerkan di premis-premis makanan bagi membanteras penyalahgunaannya.
Sumber: ProjekMM
Boleh cuba masak untuk berbuka puasa nanti.
7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.