Walaupun rakyat Malaysia semakin ramai yang berpendidikan, namun hakikatnya mentaliti kita masih lagi berada di tahap rendah. Lihat sahaja sekeliling anda, pasti ada sahaja sampah yang masih dibuang merata, sedangkan pada hakikatnya ada sahaja disediakan tong sampah.
Tular di laman media sosial Twitter, seorang lelaki berkongsi sekeping gambar seorang pekerja Tesco sedang membersihkan sampah yang dibuang di bawah rak-rak barangan, iaitu bekas dan kotak kosong (isinya sudah dimakan).
Kejadian yang dipercayai berlaku di Tesco Setia Alam ini mendapat pelbagai komen daripada pengguna Twitter. Antaranya:
Ada juga yang mendakwa pernah melihat pelanggan menukar telur gred C kepada gred A dan berkemungkinan besar membayar dengan harga gred C (tapi dapat gred A). Ada juga yang mendakwa bahawa sebenarnya ia merupakan kerja pekerja sendiri. Cari tempat tanpa CCTV dan makan secara percuma.
Come on Malaysians, takkan lah dunia sahaja yang patut maju? Mahukan Malaysia yang maju, majukan mentaliti kita dulu okey. Selagi mentaliti kita tidak maju, datanglah kereta terbang macam mana pun, kita akan kekal sama.
Cool!
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.