Port Dickson Bakal Jadi Lokasi Selam Skuba

Malaysia antara lokasi yang cukup terkemuka di peta dunia untuk para penyelam skuba di serata dunia memandangkan negara kita kaya dengan kepelbagaian bio.

Biasanya lokasi aktiviti selam skuba yang menarik di Malaysia seperti beberapa pulau di Sabah dan jika di Semenanjung pula kebanyakannya di kawasan Pantai Timur seperti Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Tetapi, lokasi ini terdedah kepada angin monsun tahunan antara Oktober hingga Mac.

Ramai yang tidak tahu bahawa perairan di sekitar pantai Port Dickson juga dijadikan lokasi aktiviti selam skuba.

Port Dickson kini bersih apabila lebih 20 jenis karang hidup subur selepas aktiviti pemuliharaan secara intensif dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) sejak tahun 2013.

selam skuba Port Dickson
Sumber: Berita Harian

Pertumbuhan karang menunjukkan perairan Port Dickson kini lebih bersih sekali gus menarik kehadiran ikan dan hidupan laut lain.

Penganjuran aktiviti snorkeling dan selam skuba akan diadakan pada bulan Julai akan datang untuk menarik peminat aktiviti ini datang meneroka hidupan laut di sana.

Maka, peminat aktiviti selam skuba di sekitar Lembah Klang tidak perlu pergi jauh untuk menghayati hidupan laut.

Sumber: Utusan

 

Boleh cuba resipi Adamdidam masa bulan puasa nanti.

5 Resepi Unik Oleh Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.